Hari ni sy nak bercerita tentang rumpai laut yang tgh HOT di pasaran hingga satu tahap menimbulkan keraguan sesetengah pihak tentang kandungan kologen dalam rumpai laut..
Mula2 sy kenal rumpai laut warna jernih..tp bukan utk tujuan rawatan kulit tp makan saje2..makcik buat kerabu rumpai laut..sedap sgt..rangup..(terliur pulak terkenang kerabu tu..hihi..)
Then, klua pulak rumpai laut gred A berwarna kuning. Bermulalah rumpai laut dipasarkan sebagai produk kecantikan... kemudian, keluar lagi rumpai laut gred AAA berwarna purple yang katanye lagi byk kandungan kologen...(wallahualam)
Lepas tu, dengar lg rumpai laut gred AAAA berwarna hijau yang dikatakan mempunyai kandungan kologen berganda...
Review rumpai laut:
- Gred A (kuning): rase dia tawar n tak hanyir, keberkesanan sederhana, lebih mudah dapat dan lagi murah.
- Gred AAA (purple): rase dia tawar juga n ble tahan hanyir, keberkesanan cepat, mahal sedikit dan mudah dapat.
- Gred AAAA (hijau): rase dia tawar dan agak hanyir, keberkesanan lebih cepat, mahal dan susah dapat.
Bila bisnes rumpai laut ni jadi HOOOTTT! di pasaran, maka timbul spekulasi yang menyetakan sebenarnya tiada kandungan kologen dalam rumpai laut seperti yang diwar2kan sebelum ni.. Adalah itu suatu sabotaj kepada bisness rumpai laut o sebenarnya memg fakta yang dikeluarkan oleh pakar perubatan?????---> sy pon tak pasti....
![]() |
| Artikel dr org ramai ttg rumpai laut..Sumber: Facebook ;) |
Namun, ape yang sy baca di SINI..
"Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM."
Baik, kita highlight pada phrase membantu mengekalkan kolagen dalam kulit.
Owh, berdasarkan kata2 pensyarah tersebut, rumpai laut membantu mengekalkan kologen dalam kulit... Tapi bukan utk menambah kologen...mungkin ade berlaku salah faham tentang perkara ini...sy pon tak pasti...hanya faham atas hasil pembacaan blog2 dan akhbar2 online...
Apabila kluar sahaja artikel tentang keraguan kandungan kologen dalam rumpai laut, mungkin ramai antara kita yang ragu2 untuk mencuba mahupun meneruskan pemakanan dan pengamalan rumpai laut dalam kehidupan mereka..
Pada pendapat saya, mengandungi kologen ataupun tidak, yang penting adakah produk tersebut serasi dengan tubuh badan kite??? soal diri anda sendiri jika anda telah menggunakan rumpai laut.. Kepada yang ingin mencuba dan tiba2 anda mendengar artikel ttg rumpai laut tiada kologen, adakah anda berani untuk mencuba menggunakan rumpai laut sebagai salah satu cara rawatan kulit anda????? semua terpulang kepada anda, betul tak???
Saya dikelilingi dengan pengamal rumpai laut, ahli keluarga sy ramai menggunakan rumpai laut sebagai makanan tambahan dan rawatan kecantikan... dan di sini sy dedahkan feedback sama ada baik atau bruk dr ahli keluarga saya tentang rumpai laut:
- Nenek: "Lepas Tok Mak makan rumpai laut, Sakit kaki da kurang, da kuat nak berjalan" yup, it's true...Tok Mak sy dlunye selalu mengadu sakit kaki, cepat penat, tak kuat jalan. But after dia amalkan pemakanan rumpai laut, dia da bole berjalan dar rumah dia sampai ke rumah sy, ade la dalam jarak 100 meter pegi blik dr rumah sy...dan baru2 ni dia da kuat utk menunaikan umrah (sebelum ni sengsara dengan sakit kaki..)
- Emak: "Jeragat di muka da semakin pudar..dlu termat teruk..rumpai laut memberi tenaga, naik trun tangga kat sekolah laju je,,kalah cikgu lelaki..huhu!"
- Kawan: "Penyakit resdung anak saya dah berkurang dan sy sudah mula jarang mengalami gastrik.."
- Makcik (1): "awesome sangat rumpai laut...makan bole kawal, rase cepat kenyang..muke rase tegang, tak payah nak makeup tebal2."
- Kawan (pesakit penyakit tiroid): "Kamu tahu Fatin,penyakit tiroid i sangat kronik smpi i kene minum ubat yang ade kandungan radioaktif, but satu hari i try makan rumpai laut u, hormon tiroid i trus stabil..cume i perlu makan dalam kuantiti yang terkawal..."
- Saya: Setiap pagi selalu selsema sampai idong jdi merah, dan hidung selalu berminyak klo makeup. sy telah menyapu kologen pada kawasan hidung...gatal hidung hilang, minyak juga berkurang...
Ada juga feedback tak oke:
- Makcik (2) : "Da lama amalkan makan dan rawatan rumpai laut..3 bulan pertama memg nampak hasil, muke cantik dan badan langsing...lepas tu, selera makan jadi tak ble kawal, muke kering, bibir kering...terus berhenti guna.."
Baik, hasil feedback ni, baik yang positif atau negatif, hanya badan kita yang tentukan... ada pengguna yang selesa menggunakan rumpai laut dan ada yang tidak... jika kesannya positif untuk diri anda, tak salah untuk terus diamalkan...tp klo tidak, berhenti atau jumpe pakar perubatan untuk maklumat lanjut.
Rumpai laut adalah sumber semulajadi dan halal...sebab tu ia meluas dipasarkan...
klo product yang lain (mana2 la kan), yang kite ragu2 ttg halalnye, adakah produk itu baik utk kite pilih..? fikrkan....
Now, da kluar pulak produk sabun dr rumpai laut..yup! sy menggunakan sabun tu.. Alhamdulillah, serasi dengan kulit sy... klo org tnye,yang mane baik, rumpai ori atau sabun?
Saya jawab, klo anda tak sanggup nak menelan sesuatu yang asing dan berbau hanyir, maka sabun adalah baik..tp klo sanggup menelan dan menggunakan rumpai laut yang agak hanyir tu, bli la rumpai ori..(kene rajin masak ye kakak2 n abg2..heehe)
Pesanan: kepada yang ingin mengamalkan pemakanan rumpai laut, pastikan anda MAKAN SECARA KONSISTEN dan AMALKAN MINUM AIR SECARA KERAP.
Ini hanya pendapat daripada saya...semua orang ade pendapat masing2 tentang rumpai laut yang boleh dikongsikan..InsyaAllah;)
fatinamira

Letak la button like. Nak like article ko ni.. hehe
ReplyDeleteHuhu..orite..nnt aku letak..tak tringat nak letak.hehe!!
Delete